BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 26, 2012

Kawennnnnnnnnnn!

Cuti skolah dah dtg.
Mlm ni mungkin x tidur sbb nak siap bungkus 400 biji muffin.
Dgn dugaan diarrhea yg agak teruk. Dah nak masuk hari ke-3..
"Allah tak menduga hambaNya melainkan Dia tau hambaNya itu mampu" kan?
Semua nak kawen dah.
Sy pon nak kawen!
Semoga inilah pengakhiran penantian dan pencarian Cinta ini..

Wednesday, May 23, 2012

From him with love

Raba2 dalam beg..
Dia keluarkan mende ni..
Honestly after months kami kenal..
Ini benda pertama dia bg :)


"Tgk mcm yg jual kat chowkit kan, tp sbnrnya beli kt ***** ni"

Tak kisahlah beli kat mana pun, tp ini ingatannya padaku..
Dah mcm setiap minggu pulak jumpa.
Next week dia kene turun Kerteh..
Hip3 hurreyyyyyyyyy :)

Sunday, May 20, 2012

Di belakang Pria yang Kuat, Selalu Ada Wanita Hebat !

BETAPA hebat menjadi wanita. Lembut, penuh kasih, dilindungi, dihormati dan dihargai. Kehadirannya diperlukan oleh setiap manusia di semua peringkat usia. Sebagai anak dia menyenangkan. Sebagai saudara, dia menenteramkan. Sebagai isteri, dia menginspirasi. Sebagai ibu, dia pendidik ulung dan sebagai teman, dia dikenal sebagai penasihat yang ikhlas.

Di sebalik kekurangannya dari sisi akal dan agama, dalam banyak situasi, wanitalah pemeran utama di belakang layar. Baik pendidikan yang diterimanya, baiklah pula pengaruh yang dibawanya.

Boleh dikatakan, wanita adalah penentu jatuh atau tegaknya pria. Malah dalam banyak kisah dari seluruh dunia , dialah yang membangunkan pria, memberikan motivasi dan buah fikiran yang tak dapat ditepikan. Hal yang sama berlaku kepada keluarga Muslim- mukmin yang cinta li ilah li kalimatillah, jihad fi sabilillah.

Dalam sebuah keluarga, posisi paling penting adalah sebagai isteri, karena dialah orang yang paling dekat dan paling mengerti suaminya. Di sinilah letaknya makna syarikatul hayah (pasangan kehidupan), yang setia menjadi sayap suami dalam keadaan suaminya hadir dan sewaktu ketiadaannya. Bersungguh-sungguh berusaha membantu secara hakiki dan maknawi dalam mencapai cita-cita hidup mulia atau mati syahid.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam surah At-Taubah, ayat 71

“Dan orang-orang yang mukmin pria dan wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka mendirikan shalat, mengeluarkan zakat dan ta’at kepada Allah dan Rasul_Nya. Mereka itu akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.”

Apakah syarikatul hayah (partner kehidupan?), apakah kriteria yang diperlukan? Secara ideal, seorang wanita Muslim haruslah memiliki modal:

1. Memiliki tingkat iman dan taqwa yang memadai paling tidak mampu membedakan mana yang haq dan mana yang batil. Cukup pula untuk dia memilih dan memilah yang halal, haram dan yang syubhat. Dengan demikian, dia menggenggam izzah-nya dengan kuat.
Bila sudah berbekal dengan iman dan taqwa, dia tidak akan mudah berputus asa dan kemudian diserang kemurungan apabila ditimpa musibah. Dan dua bekal tersebut akan menjadi benteng dirinya dari terjebak ke dalam perbuatan atau kerja yang berisiko mengancam aqidah dan akhlaq.

2. Sebaiknya dia menguasai ilmu dien dan akademik .Wanita yang berwawasan akan menyadari kepentingan ilmu lantaran dialah yang akan memikul tanggung-jawab sebagai guru besar kepada anak-anaknya, baik semasa keberadaan suami di rumah maupun pada saat ketidakhadiran suami. Dengan ilmu, dia mampu berperan sebagai pembantu pribadi suami dan berupaya menjadi pendidik kepada anak-anaknya.

Sementara dengan kemahiran atau skill-skill tertentu, antara lain, memasak, menjahit, mengajar, memandu kenderaan dan lain-lain, dia akan memiliki inisiatif dan kreativitas dalam menjalani hidup, baik bersama suami mahupun ketika bersendirian.

3. Berkemampuan mengendali emosi
Wanita Muslim yang baik, ia harus sanggup bersusah-payah dan berusaha untuk qanaah, karena suami yang cintakan Allah, agama dan jihad akan otomatis menjadikan dunia sebagai sarana menuju akhirat, bukan sebagai kesenangan dunia semata. Menurut istilah Imam Asy-Syafii rahimahullah, “Hakikat zuhud adalah tidak meletakkan dunia di hatinya.”

Ini bermakna, bahwa seorang isteri harus kuat menahan hati dan emosi bila suatu saat, kekayaan kita mulai berkurang.

4. Memiliki mental yang kuat
Dalam bahasa yang lebih mudah, wanita harus kuat menahan perasaan. Ada banyak kondisi dan situasi yang menuntut kemampuan ini; kepergian suami dalam waktu lama, anak yang sakit di kala suami sibuk dan tak dapat mendampingi, keperluan ummat yang menyita waktu bersama suami. Atau ujian berat, ketika para wanita mendapati suami- suami mereka di penjara. Sementara keluarga yang tidak mendukung dan kondisi keuangan yang tidak stabil, adalah satu hal yang tak dapat tepiskan begitu saja. Bahkan berat pula kondisi ketika para suami berkeinginan “membantu” mengangkat derajat kaum hawa menjadi pendamping.

Sungguh luar biasa semua itu, jika perasaan marah, cengeng, dan cemburunya mampu diletakkan di tempat yang betul dan baik serta wajar.

5. Mampu mengawal diri dari sifat buruk yang timbul dari situasi tertentu.
Sifat buruk di sini antara lain adalah; membanggakan diri sebagai isteri, dengan itu dia paling tau banyak hal. Membanggakan suami dan merendahkan orang lain bisa juga menganggap dirinya orang paling malang dan paling memerlukan perhatian banyak orang ketika sedang ditimpa musibah dan lain sebagainya.

6. Memiliki daya tahan dan kemahuan yang kuat Daya tahan seorang istri-lah yang menjadi inspirasi dan menjadi pendorong utama para suami untuk melaksanakan amal dan karir. Dia ibarat antibodi yang gigih melawan sembarang jenis bakteri, kuman dan virus yang menyerang jiwa dan semangat suami dan keluarga.

Dia berkemauan kuat untuk bersama-sama suaminya menempuh ombak lautan perjuangan di dalam kapal bernama “jihad” dan rumahtangga menuju jannah Rabbnya. Dengan kemauan kuat yang kadang kelihatan seperti sebuah kedegilan, jiwa rapuh ditegakkan, semangat layu disegarkan dan air mata diusap dan diganti dengan senyuman.

7. Selalu berinisiatif untuk kelihatan menarik di mata suami .Wanita Muslim harus menarik dari berbagai segi; penampilan, cara berpakaian, berfikir, bersikap, berbicara dan mengambil keputusan, dalam waktu senang maupun susah. Wanita sebeginilah yang Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wasallam maksudkan,

“Tidakkah mau aku kabarkan kepada kamu tentang sesuatu yang paling baik dari seorang wanita? Wanita sholehah adalah wanita yang bila dilihat suaminya menyenangkan, bila diperintah ia mentaatinya dan bila suaminya meninggalkannya, ia menjaga diri dan harta suaminya.” [Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i)

Berbahagialah wanita yang membahagiakan suaminya. Pria yang berjaya adalah pria yang bahagia lantaran telah memperoleh sebaik-baik perhiasan.
Rasulullah dalam sebuah haditsnya mengatakan,
"Ad dunya mata', wa khoiru mata'iha al mar'atus Shalihat."(dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri Shalihat, HR. Muslim)

Pria yang berjaya adalah pria yang jiwanya bahagia dan merdeka, adalah pria yang tidak terpenjara oleh ulah dan ragam wanita di sisinya. Untuk itu, kesempatan belajar dan hak dididik perlulah diberi kepada kaum wanita. Tak ada ruginya pria memberi kesempatan wanita belajar. “You get what you give.”

Yakinlah, tangan yang menghayun buaian, akan mampu menggoncangkan dunia...

Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka

Bila sebut sahaja apa yang lelaki inginkan dari pasangan mereka mungkin para gadis akan cepat berkata lelaki hanya inginkan hubungan seks, harta dan mempermainkan mereka sahaja. Tetapi tidak semua lelaki sebegitu. Lelaki yang menjalinkan hubungan mereka dengan gadis pilihan mereka sentiasa tercari-cari sipakah yang betul-betul boleh memahaminya.

Sebenarnya tidaklah sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kali ini DuniaMaskulin akan terangkan apakah yang lelaki inginkan dari pasangan mereka. Mungkin artikel ini boleh dijadikan rujukan buat pasangan anda.

1. Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang pasangan mereka zahirkan.

Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah si gadis yang diangkat sang jejaka. Oleh itu si gadis perlu sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati si jejaka. Baik jujur daripada daripada sakit hati bukan di kelak hari bukan?

2. Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan.

Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang yang diberikan atau ditunjukkan.

3. Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki.

Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan gadis tersebut jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi.

Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain.

Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya.

Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.♥ ♥ ♥



Sunday, May 13, 2012

dunia yg kejam

aku rasa sgt la.... gila skrg..
dah nak hampir sebulan buka kedai.
dugaan demi dugaan..
baru 2 outlet.
mcm mana nak go multinational ni??

Saturday, May 12, 2012

3 days

balik je dr kl hr tu hp dia rosak.
3 hr hilang.
menyepi.
gr..
ada jugak ak g kl skali lg ni kam..

Friday, May 11, 2012

stalker.

to miss stalker.
oo stalk blog ak yee..
haha..
apepun semoga berbahagia dengan si dia terchenta :p
p/s: oppps.. ada org perasan kewww?

semakin dekat.. semakin byk dugaan..
sgt....
last 2 days.. g KL..
hoping to meet him + cari brg sikit..
end up sampai2 je kt stesen bus dia kata x leh ambik..
urgently need to take flight to jb this morning for a meeting.
duhhhhhhh!
mujur ada cik rashidah farhanah tercinta. ( i know u will read :p)
rasa mcm gila meroyan pun ada time tu..
g kl sentral sorang2 letak bag kt situ..
pastu g mid valley..
jumpa miss farhanah :p
stay kt rumah dia mlm tu..
rumah shidah dah pergi, rumah sab dah pergi, rumah sape pulak ak  nk g tumpang tdo ni..
tq dear :) ak suka sambal hijau tu sedapppppppppppp!


esoknya baru dpt jumpa dia. exactly 12hours.
12 jam sahaja.. 8 30 pg until 8 30 mlm......

aku rasa seharian ak duk mrh dia mcm2 semalam..
mrh diri sendiri..
rasa nak lari balik pun ada..
mujur la dia memahami.
ak marah2 dia gelak je.
masa tu rasa nk cam nak meletup pun ada..
helllooo ak dtg dr jauh tp dia xde?
tp bila jumpa.
puhhhhhhhhhhh! hilang lesap begitu sahaja..
marah geram sedih semalam..
hilang luput lesap ditelan angin kota.
hahahaha..
totallyyy~~~~~~
camne nak marah? sms bley ar.
depan mata.. u makes my heart melttttt :P
ok dia nak dtg trg lg.. 9 hari ..
countdown...... :)

Thursday, May 3, 2012

My sunshine~



You are my sunshine
My only sunshine.
You make me happy
When skies are gray.
You'll never know, dear,
How much I love you.
Please don't take my sunshine away ♥

p/s: bila tujukan lagu ni kat dia.. dia tanya, sunshine tu apa.. planta ke? :p You've made my day dear :D
Dia mmg pantang ngan English.. seorang lelaki melayu sejati la :p